Malaysia Oversight

Wan Ji keluar PKR untuk ‘kurangkan musuh’

By MkiniBM in January 3, 2026 – Reading time 1 minute
Wan Ji keluar PKR untuk 'kurangkan musuh'


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin hari ini mengesahkan telah menghantar surat rasmi untuk keluar daripada pada 1 Januari lalu.

Wan Ji berkata tindakannya itu dibuat bagi “mengurangkan musuh”.

“Ada kawan-kawan dalam menghantar mesej pagi ini untuk minta pengesahan. Saya jawab bahawa saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa dan mahu menjauhkan diri daripada parti dengan cara yang baik.

“Umur semakin meningkat dan saya perlu berfikir untuk mengurangkan musuh.

“Sebab itu saya membuat permohonan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ji berkata keputusannya itu dibuat atas pertimbangan peribadi dan bukan kerana sebarang konflik khusus dengan individu atau kepimpinan parti.

“Saya berharap hidup saya selepas ini semakin jauh daripada kesusahan.

“Sepanjang menjadi ahli , ramai orang yang bukan daripada PKR tidak mahu berkawan,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Ji tidak menyatakan sebarang perancangan lanjut selepas keputusannya meninggalkan PKR.

Wan Ji menyertai PKR pada 2015 dan pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan terhadap Sultan , Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Source link