Sambutan Tahun 2026 Penuh Warna Dengan Siri vivo X300
Nur Amzari
Selamat Tahun Baru 2026! Awal tahun sentiasa penuh dengan detik istimewa yang wajar dirakam sebagai kenangan berharga. Untuk menghasilkan gambar yang benar-benar menonjol caranya lebih mudah dengan telefon pintar generasi baharu. Misalnya seperti vivo X300 dan X300 Pro yang direka khusus untuk pencinta fotografi moden. Siri ini hadir dengan keupayaan kamera tajam serta warna lebih hidup. Setiap rakaman sama ada suasana perayaan atau panorama indah tahun baharu akan kelihatan penuh makna. Anda boleh merakam bunga api ketika sambutan tahun baharu, pemandangan indah yang menandakan hari pertama tahun ini. Semua kenangan tersebut akan kelihatan lebih jelas, berwarna dan penuh emosi dengan siri vivo X300.
Lensa 200MP ZEISS APO Telephoto
Sambutan tahun baru tidak lengkap tanpa pertunjukan bunga api. Pelbagai warna, gaya dan corak yang boleh dilihat dan ini semestinya momen yang perlu ditangkap sebagai kenangan. Dengan kamera 200MP ZEISS APO telefoto pada vivo X300 Pro ini, ia membolehkan anda zum untuk melihat dengan lebih dekat kecantikan bunga api tersebut. Sensor HPB dan salutan ZEISS T* membuatkan hasil gambar anda kelihatan lebih jelas walaupun dengan zum yang jauh.






Kualiti Tinggi Dengan Penggunaan 200MP ZEISS
Untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih tajam, anda boleh menggunakan mod dengan nilai megapiksel tertinggi iaitu 200MP ZEISS. Tidak kiralah apa-apa gambar yang anda rakamkan menerusi mod ini, ia tetap akan memberikan hasil gambar yang sangat tajam dan penuh dengan perincian. Dengan nilai megapiksel yang tinggi ini juga boleh memudahkan lagi untuk membuat pasca suntingan seperti memperbetulkan komposisi gambar dan hasilnya masih lagi tajam.


Dual-View Video Stage Video
Selain itu, siri vivo X300 ini juga mempunyai ciri Dual-View Video Stage Video yang boleh digunakan untuk merekod detik-detik indah. Seperti namanya, Dual-view Video ini membolehkan anda merekod kamera hadapan dan belakang secara serentak jadi anda boleh merakam reaksi sendiri sambil melihat pemandangan bunga api yang mencerahkan langit gelap.

AI One-Shot Multi Crop
Dengan siri vivo X300 ini, anda boleh membuatkan gambar yang diambil lebih menarik dengan menggunakan AI One-Shot Multi Crop. Teknologi ini membolehkan satu gambar yang dipilih menjadi pecahan kepada dua atau tiga bahagian yang memfokuskan kepada beberapa momen yang cantik dengan bantuan AI. Sebagai contoh hasil dari pertunjukan bunga api sempena tahun baharu 2026 yang penuh dengan warna-warni dan juga subjek yang kelihatan ceria.


Antara ciri lain yang turut tersedia termasuk fungsi 4K120fps Pro Video untuk rakaman yang lebih lancar dan jelas, 4K 60fps Portrait Video yang bantu menonjolkan subjek dengan kejelasan mendalam serta teknologi AI Landscape yang menjadikan setiap pemandangan lebih hidup.
Kesimpulan
Dengan gabungan kesemua inovasi ini, setiap detik tahun baharu bukan sekadar dirakam tetapi turut diabadikan dengan kualiti yang menarik. Inilah masa terbaik untuk menaik taraf cara merakam memori kerana setiap detik berharga layak dirakam dengan teknologi terbaik. Dapatkan siri vivo X300 di pasaran sekarang dengan harga bermula RM3599.
Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia.






