Malaysia Oversight

Starlink Akan Mengurangkan Ketinggian Orbit Satelit Mereka

By Amanz in January 2, 2026 – Reading time 1 minute
Starlink Akan Mengurangkan Ketinggian Orbit Satelit Mereka



Starlink

Starlink Akan Mengurangkan Ketinggian Orbit Satelit Mereka

January 2, 2026
Aeronautik
Telekomunikasi

Aman

Starlink merupakan salah satu perkhidmatan telekomunikasi berasaskan satelit, yang turut ditawarkan di Malaysia. Melaluinya, ia menggunakan pancaran satelit untuk menyambungkan para pengguna ke internet, sekaligus membolehkan pengguna dikawasan pedalaman turut mempunyai akses ke internet dengan mudah.

Untuk menjayakan perkhidmatan berkenaan, Starlingk menggunakan sekitar 4,400 satelit yang kini mengorbit di angkasa. Terbaru, sebagai langkah keselamatan dan mengurangkan pelanggaran antara satelit, Starlink mengumumkan mereka akan mengurangkan ketinggian satelit mereka mengorbit di Bumi.

Satelit berkenaan kini mengorbit pada ketinggian 550 kilometer, dan ia kelak akan diturunkan kepada ketinggian 480 kilometer. Langkah ini juga secara tidak langsung akan membuatkan orbit Starlink lebih mampat, serta meningkatkan lagi kadar keselamatan.

Starlink dijangka melaksanakan perkara ini secara berperingkat sepanjang 2026 ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link