Hanya 45,000 Apple Vision Pro Dilaporkan Dijual Pada Q4 2025
Effi Saharudin
Menjual produk dalam kategori baharu bukanlah perkara yang senang. Perkakasan AI pertama yang diperkasakan tahun laku seperti AI Pin semua berkubur kerana kurangnya sambutan. Ianya sangat sukar sehingga Apple sendiri masih belum berjaya memasarkan Vision Pro sehingga mendapat sambutan ramai dengan hanya 45,000 set dijual pada Q4 2025 menurut laporan IDC.
Jumlah jualan yang sangat kecil jika dibandingkan dengan angka jualan iPhone, Apple Watch, dan komputer Mac. Dalam laporan Financial Times, Apple dikatakan memotong belanjawan pengiklanan Vision Pro sehingag 95% di Amerika Syarikat dan UK disebabkan kurangnya sambutan.

Sementara pada penghujung awal 2025, Luxshare dilaporkan menghentikan pengeluaran Vision Pro generasi pertama selepas 390,000 unit dihasilkan. Sambutan Vision Pro hanya hangat di peringkat awal dipacu oleh pembelian daripada peminat paling tegar Apple.
Antara isu yang dihadapi pengguna awal ialah set kepala yang berat, hayat bater pendek, kurangnya aplikasi menarik dan harga jualan bermula $3500 sepasang. Sejak dilancarkan pada 2 Februari 2024, dua versi Vision Pro dihasilkan dengan model kedua dilengkapi cip Apple M5 dijual sejak Oktober lalu.
Permintaan untuk set kepala VR dan AR tidak begitu tinggi kerana dunia tidak lagi berminat untuk menyelam ke dalam dunia metamesta dan lebih berminat dengan cermin mata pintar. Ini juga menyebabkan Meta mengurangkan tumpuan kepada Meta Quest.






