Vaksin Kanser Yang Diperibadikan Untuk Setiap Pesakit Dibangunkan Dengan Bantuan AI
Effi Saharudin
Saintis dari KAIST (Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea) telah membangunkan vaksin kanser yang diperibadikan untuk pesakit menggunakan bantuan kecerdasan buatan (AI).
Dalam pembangunan vaksin kanser, para penyelidik biasanya menumpukan pada “sel-T” kerana ia adalah sel yang menyerang kanser. Walau bagaimanapun, masalahnya ialah sel-T sahaja mempunyai batasan dalam mengingati dan menyerang sel-sel kanser secara berterusan dalam jangka masa panjang.

Pasukan penyelidik di KAIST menumpukan kajian mereka pada sel-B yang mengenali penanda unik (neoantigen) sel-sel kanser dalam badan dan menghasilkan antibodi. Ini. memainkan peranan dalam menyimpan maklumat kanser dalam badan. Ia menyimpan “memori” untuk sel-sel kanser dan menyebarkannya secara berterusan ke seluruh sistem imun badan. Dengan ini tubuh mencegah kanser dan menghentikan daripada berulang.
Model AI yang digunakan meramal sejauh mana sel-sel kanser dan sel-B akan berinteraksi. Oleh itu neoantigen yang paling berkesan boleh merangsang sel-B akan diperibadikan untuk setiap pesakit. Setiap vaksin kanser yang dibangunkan akan mempunyai memori spesifik untuk menentang kanser dalam tubuh penerima.
Kemampuan kanser vaksin yang diperibadikan dengan bantuan AI ini dibuktikan dalam eksperimen ke atas haiwan sahaja ketika ini. Ujian klinikal ke atas sel manusia pula akan dilakukan menjelang 2027.






