Malaysia Oversight

Pemeriksaan Kastam Kini Disatukan Di Pintu Pelepasan KLIA T1

By Amanz in January 2, 2026 – Reading time 1 minute
Dewan Rakyat Meluluskan Pindaan Akta Imigresen Dan Akta Pasport Untuk Mengimplimentasi Sistem APSS


Pemeriksaan Kastam Kini Disatukan Di Pintu Pelepasan KLIA T1

January 2, 2026
Lain-lain

Amy Maizuraa

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menggabungkan pemeriksaan terhadap pengembara yang keluar dari Malaysia di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1). Langkah ini mula dilaksanakan sejak 1 Januari 2026 bagi memastikan aliran pergerakan penumpang lebih teratur serta lancar.

Imigresen KLIA lapangan terbang

Dengan pelaksanaan susun atur baharu, masa menunggu penumpang dapat dikurangkan serta aliran pergerakan menjadi lebih lancar. Selain itu, inisiatif ini menyokong usaha meningkatkan kecekapan operasi KLIA T1 dan memperkukuh tahap keselamatan tanpa menjejaskan penguatkuasaan kastam.

Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara Kementerian Pengangkutan (MOT), JKDM, Malaysia Airports Holdings Berhad serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS). MOT menegaskan bahawa gabungan ini tidak menjejaskan keselamatan malah pemeriksaan terhadap penumpang dan barangan terus diperkukuh melalui pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama.

KLIA Wajah

Langkah ini turut meningkatkan pengalaman penumpang, mempercepatkan proses menaiki pesawat dan memastikan operasi KLIA T1 berjalan dengan lebih selamat serta tersusun selari dengan amalan terbaik lapangan terbang antarabangsa. Namun begitu, sebarang cubaan membawa keluar barangan yang menyalahi undang-undang tetap akan dikenakan tindakan tegas.

Sebelum ini, pemeriksaan dilakukan menggunakan mesin pengimbas ‘Departure Screening’ di zon berlepas selepas pemeriksaan imigresen. Susun atur berkenaan berpotensi menimbulkan kesesakan, khususnya pada waktu puncak perjalanan.



Source link