Malaysia Oversight

AMK anjur demo bantah Nick Adams jadi duta AS ke M’sia

By MkiniBM in July 16, 2025 – Reading time 2 minute
AMK anjur demo bantah Nick Adams jadi duta AS ke M'sia


Pemuda (AMK) merancang untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat ini bagi membantah pencalonan Nick Adams sebagai duta baru negara itu ke Malaysia.

Timbalan Ketua AMK Izuan Kasim berkata perhimpunan itu akan dianjurkan bersama pemimpin dari parti komponen PH lain serta pertubuhan bukan (NGO).

“Kami akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan semasa perhimpunan Jumaat ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, sayap itu menggesa Amerika Syarikat agar melantik individu yang “lebih sederhana, dihormati, dan berpandangan global” berbanding Adams, yang dikecam kerana menyokong Zionisme.

12f5e6c05cdcbdfe878d654f0290fa09

Selain AMK, pencalonan Adams turut menerima bantahan daripada pelbagai pertubuhan masyarakat sivil, aktivis dan tokoh awam tempatan sejak namanya diumumkan oleh Presiden AS, Donald minggu lalu.

Adams, 40, warganegara dwikerakyatan Australia-Amerika seorang personaliti media sosial, penulis dan menggambarkan dirinya sebagai “lelaki alfa.”

Dia bakal menggantikan Edgard Kagan, diplomat kerjaya yang dicalonkan oleh bekas presiden AS Joe Biden pada Mei 2023.

Adams terkenal dengan hantaran media sosial yang mempromosikan imej peribadinya berdasarkan stereotaip maskuliniti, serta kenyataan yang bersifat Islamofobia.

Dia juga secara terbuka menyokong Zionisme. Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini turut berkongsi satu hantaran oleh Adams tahun lalu, yang mendakwa dia berjaya memecat seorang pelayan restoran yang memakai lencana “Free Palestine”.

Sementara itu, seorang pemimpin Wanita DAP turut menyertai suara bantahan terhadap pencalonan Adams.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Kasthuri Patto menyoal jika Adams mempunyai kelayakan dan ciri yang sesuai untuk menjadi wakil tertinggi Amerika Syarikat.

Dia turut merujuk minat Adams terhadap rangkaian restoran Hooters di Amerika dan satu ciapan media sosial yang dianggap mengganggu, apabila Adams mendakwa dirinya “dikejar oleh ramai wanita”.

“Kenyataan yang tidak berkelas ini, terutamanya yang merendahkan, tidak menghormati dan memperkecilkan wanita, tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana masyarakat, apatah lagi sebagai wakil rasmi tertinggi sesebuah ,” katanya.

Kasthuri menegaskan Malaysia layak menerima duta yang lebih baik daripada Adams, terutamanya memandangkan kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean dengan Amerika Syarikat sebagai rakan strategik komprehensif.

[Baca berita asal]



Source link