
SKMM Mulakan Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) Barmula Hari Ini
Aman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini memulakan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA). Langkah ini adalah selari usaha untuk terus meningkatkan keselamatan atas-talian, dan pada masa yang sama melindungi pengguna terutamanya kanak-kanak.
Dibawah akta ini juga, platform dan pemberi perkhidmatan berlesan akan bertanggungjawab dalam menangani kandungan berbahaya pada platform masing-masing. SKMM turut menekankan yang mana akta ini hanya terpakai pada pemberi perkhidmatan dan tidak terpakai kepada pengguna individu.
Selari dengan langkah ini, SKMM kini turut menguatkuasakan peruntukkan “deeming”, sekaligus membuatkan semua platform media sosial dengan 8 juta pengguna dan ke atas tertakluk dibawah ONSA ini. Sebelum ini, beberapa platform media sosial telah berdaftar dan mendapatkan lesen operasi di Malaysia, tetapi beberapa platform tidak mendapatkan lesen dan menghormati peruntukkan tempatan yang ditetapkan.
Dengan langkah baharu ini, sama-sama kita berharap agar persekitaran digital yang sihat dan selamat dapat diwujudkan, terutamanya untuk kanak-kanak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






