Malaysia Oversight

PM Anwar seru rakyat perkukuh perpaduan, maknai reformasi pada 2026

By TheSun in December 31, 2025 – Reading time 1 minute
PM Anwar seru rakyat perkukuh perpaduan, maknai reformasi pada 2026


Perdana Menteri Ibrahim mengajak rakyat Malaysia perkukuh perpaduan dan terus maknai reformasi demi kemakmuran inklusif pada tahun baharu 2026.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia melangkah ke tahun baharu 2026 dengan semangat kebersamaan dan tekad jitu untuk memperkukuh perpaduan.

Beliau turut mengajak rakyat bersama memaknai reformasi secara berterusan dan memastikan kemakmuran negara dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

menyampaikan seruan itu menerusi mesej tahun baharu yang dimuat naik di laman Facebooknya.

“Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau menegaskan akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan demi manfaat nyata kepada rakyat.

juga beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan kejujuran untuk menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.

Dalam mesej itu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan kesejahteraan negara kekal terpelihara.

“Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Beliau dan Azizah mendoakan agar negara terus kekal aman, harmoni dan makmur.



Source link