Malaysia Oversight

Cip MediaTek Dimensity 7100 Dilancarkan Untuk Peranti 5G Mampu Milik

By Amanz in December 31, 2025 – Reading time 1 minute
Cip MediaTek Dimensity 7100 Dilancarkan Untuk Peranti 5G Mampu Milik


Cip MediaTek Dimensity 7100 Dilancarkan Untuk Peranti 5G Mampu Milik

December 31, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

MediaTek Dimensity 7100 diumumkan sebagai cip untuk peranti kelas permulaan 5G mampu milik. Ia dihasilkan menggunakan teknologi 6nm dengan oleh itu menawarkan peningkatan 5% penggunaan tenaga, 23% peningkatan kecekapan modem dan 16% peningkatan kecekapan ketika memainkan video berbanding cip Dimensity 7050.

MediaTek Dimensity 7100

Dimensity 7100 dilengkapi CPU lapan teras dengan konfigurasi 4X Cortex-A78 2.4 GHz dan 4X Cortex-A55 2.0 GHz yang dipadankan dengan GPU Arm Mali-G610 MC2. Dari segi kemampuan grafik, Dimensity 7100 hanya menawarkan peningkatan 8% berbanding Dimensity 7050. Cip menyokong memori LPDDR5 dan storan UFS 3.1

Kamera pula adalah sehingga 200MP dengan ia boleh merakan video HDR. Moden 5G myang digunakan boleh memberikan kemampuan muat turun sehingga 3.3 Gbps. Selain itu ia menyokong rangkaian Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 dan sistem GPS, BeiDou, Glonass, Galileo, QZSS, serta NavIC. Peranti pertama yang akan menggunakan cip ini ialah Infinix Note EDGE.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link