Malaysia Oversight

OneXSugar Wallet Ialah Konsol Mudah Alih Pertama Dengan Skrin Lipat

By Amanz in December 31, 2025 – Reading time 1 minute
OneXSugar Wallet Ialah Konsol Mudah Alih Pertama Dengan Skrin Lipat


OneXSugar Wallet Ialah Konsol Mudah Alih Pertama Dengan Skrin Lipat

December 31, 2025
e-Permainan

Effi Saharudin

Peranti pintar dengan dwilipat dan trilipat sudah dipasarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan ia membolehkan telefon pintar berubah menjadi tablet apabila diperlukan. Kini, trend menggunakan skrin lipat akan digunakan juga pada konsol mudah alih apabila OneXSugar Wallet dilancarkan kelak.

OneXSugar Wallet A

Video acah OneXSugar Wallet telah dikongsi ke media sosial dengan ia kelihatan seperti dompet kecil wanita. Dalam keadaan tertutup kesemua skrin, butang muka, butang analog dan speaker akan tersorok. Apabila dibuka, ia akan mendedahkan skrin sebesar 8-inci OLED dengan resolusi 2480 X1860 pixel serta nisbah 4:3.

OneXSugar Wallet BC

OneXSugar belum mendedahkan bila konsol mudah alih menggunakan Android ini akan dilancarkan ke pasaran serta harga jualannya kelak. OneXSugar Wallet akan ditawarkan dalam warna hitam dan putih.

RetroHandhelds



Source link