Cinebench 2026 Dilancarkan Untuk Ujian Penanda Aras Lebih Tepat
Effi Saharudin
Maxon melancarkan perisian penanda aras Cinebench 2026 dengan ia menggunakan enjin Redshift bagi menguji perkakasan terkini dengan lebih tepat. Menurut Maxon, ujian multi teras CPU Cinebench 2026 adalah sehingga 6 kali ganda lebih berat berbanding versi sebelum ini. Maka markah ujian Cinebench lama tidak lagi boleh dibandingkan dengan versi terkini.

Penambahbaikan lain ialah sokongan lebih banyak perkakasan khususnya GPU terbaru NVIDIA dan AMD termasuk untuk GPU NVIDIA Ampere Altra, Hopper, dan Blackwell. Cip Apple M4, dan Apple M5 djuga disokong tetapi malang sekali masih tiada sokongan untuk GPU Intel Arc. Sokongan natif Windows on Arm turut disertakan.
Perubahan besar ialah untuk menggunakan Cinebench 2026, GPU perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8GB VRAM sementara pada Mac, sekurang-kurangnya 16GB RAM diperlukan pada sisyem untuk melalukan ujian pada tahap paling optimum.
Cinebench 2026 boleh dimuat turun menerusi laman Maxon dengan ia menyokong sistem operasi Windows 10, Windows 11 dan macOS 14.7 dan ke atas.





