Malaysia Oversight

Meta Dilapor Membeli Manus Pada Nilai Lebih $2 Bilion – Akan Terus Menjual Perkhidmatan Manus Seperti Biasa

By Amanz in December 30, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Dilapor Membeli Manus Pada Nilai Lebih $2 Bilion – Akan Terus Menjual Perkhidmatan Manus Seperti Biasa



ManusAI

Meta Dilapor Membeli Manus Pada Nilai Lebih $2 Bilion – Akan Terus Menjual Perkhidmatan Manus Seperti Biasa

December 30, 2025
Kecerdasan Buatan
Meta

Aman

Pada awal pagi ini, Meta secara rasminya telah mengumumkan pengambil-alihan sebuah perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan dan fokus terhadap agen AI, iaitu Manus. Terkini, ia dikongsikan WSJ, Meta membayar lebih $2 bilion untuk mengambil-alih Manus.

Selari dengan pengambil-alihan ini, Meta mengatakan pasukan Manus akan diintegrasikan ke pasukan Meta termasuk dalam pembangunan dan integrasi pada Meta AI. Pada masa yang sama, Meta mengatakan akan terus mengoperasikan dan menjual perkhidmatan Manus seperti biasa.

Manus sedia digunakan jutaan pengguna dalam pelbagai tugasan, termasuk pengurusan dokumen, penghasilan grafik, dan pelbagai perkara lain. Manus sebelum ini ketika pengenalan sendiri popular dengan penawaran agen AI mereka, dan pengambil-alihan ini semestinya menguntungkan pihak Meta dengan fokus kecerdasan buatan mereka.

Pada masa yang sama, Meta turut mengatakan Manus akan berhenti beroperasi di lanjutan pengambil-alihan ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link