Malaysia Oversight

Faizal Azumu pula letak jawatan pengerusi PN Perak

By MkiniBM in December 30, 2025 – Reading time 2 minute
Faizal Azumu pula letak jawatan pengerusi PN Perak


Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menjadi pemimpin terbaru mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN Negeri Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan Yassin yang terlebih dahulu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN di peringkat pusat.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Ahmad Faizal yang juga dikenali sebagai Peja berkata dia menghormati keputusan dan mengakui kuasa pelantikan jawatan tersebut berada di bawah prerogatif Pengerusi PN.

“Mengambil maklum keputusan Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pengumuman Peja menjadikan setakat ini empat pengerusi PN negeri telah meletakkan jawatan termasuk Azmin Ali (), Mohamad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan) dan Sahruddin Jamal (Johor).

Sementara itu, Taman Medan, Dr Afif Bahardin turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha PN .

e886a2f77101ac62e7151717dca4dde1

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya selaku Setiausaha PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN Selangor Azmin Ali.

“Maka saya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha PN Selangor berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama erat yang telah diberikan selama ini kepada saya untuk bersama-sama memperkukuh PN Selangor,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN.

Selepas lima tahun menerajui gabungan itu, bekas perdana menteri itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan PN atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kepimpinannya.

Muhyiddin memimpin PN sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh gabungan tersebut didaftarkan secara rasmi.



Source link