Muhyiddin memaklumkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp ahli parlimen PN dan satu pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN, menurut sumber Bersatu.
Difahamkan, Muhyiddin memaklumkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp ahli parlimen PN bahawa dia membuat keputusan meletak jawatan berkuat kuasa 1 Jan dan satu pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan kepada Malaysiakini oleh ahli parlimen Bersatu yang menentang arus, Saifuddin Abdullah serta seorang lagi ahli parlimen Bersatu yang bercakap dengan syarat identitinya dirahsiakan.
Kedua-duanya berada di dalam kumpulan WhatsApp ahli parlimen PN tersebut.
Malaysiakini juga sedang berusaha menghubungi pejabat Muhyiddin.
Keputusan itu dibuat ketika ketegangan memuncak antara PAS dan Bersatu, susulan tindakan pemimpin Bersatu di Perlis yang memulakan percubaan rampasan kuasa sehingga menyebabkan PAS kehilangan penguasaan ke atas kerajaan negeri itu.
Sejak itu, pemimpin PAS mengancam sama ada akan meninggalkan PN dan mencari pakatan baru bersama Umno, atau mengambil alih sendiri kepimpinan PN.
[Berita penuh menyusul]






