Malaysia Oversight

Ayaneo Pocket Vert Ialah Klon Konsol Game Boy Terbaru Oleh Syarikat Tersebut

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 2 minute
Ayaneo Pocket Vert Ialah Klon Konsol Game Boy Terbaru Oleh Syarikat Tersebut


Ayaneo Pocket Vert Ialah Klon Konsol Game Boy Terbaru Oleh Syarikat Tersebut

December 29, 2025
Perkakasan

Nazrin

Ayaneo ialah sebuah syarikat pembuat konsol mudah-alih yang cukup terkenal sekali dari , dan sehingga kini, telah memperlihatkan banyak rekaan dan spesifikasi konsol mudah-alih dari premium ke mampu-milik.

Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan konsol mudah-alih Ayaneo Pocket DMG yang hadir dengan rekaan menyerupai konsol klasik lagenda Nintendo Game Boy yang mempunyai panel lebih besar dan spesifikasi yang hebat. Cuma untuk konsol itu, ia hadir dengan tanda harga yang cukup premium sekali kerana menggunakan panel OLED dan bahan binaan yang lebih premium.

image 49

Terkini, untuk memenuhi permintaan pasaran yang mahukan sebuah konsol padat yang lebih mampu milik, Ayaneo telah mengumumkan satu lagi projek biayasama baru, iaitu Ayaneo Pocket Vert. Konsol ini hadir dengan paparan LCD bersaiz 3.5mm dengan resolusi 1600 x 1440, dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan pilihan memori dan storan dari 8GB+128GB ke 12GB+256GB.

image 45

Rangka Pocket Vert pula diperbuat daripada besi dan hadir dengan butang kawalan arah dan butang input yang tidak dilabel untuk estetika minimalis, dan rekaan lubang pengaliran haba di bahagian belakang untuk memudahkan udara panas dialirkan dari peranti.

image 47

Di bawah butang-butang tersebut juga terdapat pad sesentuh yang boleh digunakan untuk kawalan permainan yang lebih tepat. Dari segi bateri pula, konsol ini dimuatkan dengan bateri 6000mAH untuk membolehkannya digunakan sepanjang hari.

image 48

Kempen biayasama Ayaneo Pocket Vert belum lagi aktif, tetapi laman Indiegogo sudahpun dibuka sekiranya anda berminat untuk membiayai projek ini. Harga terendah konsol ini dengan konfigurasi memori dan storan 8GB+128GB ialah serendah $269 (~RM1100) dan hadir dalam pilihan warna Eternal Night Black, Lunar White, and Lava Red.

Ayaneo



Source link