
Kerajaan Ingatkan Orang Ramai Tidak Tebus Penggunaan BUDI95 Guna MyKad Orang Lain – Ia Satu Kesalahan
December 29, 2025
Lain-lain
Aman
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan, kini mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan penebusan BUDI95 menggunakan kad pengenalan atau MyKad milik orang lain. Ini adalah kerana perkara tersebut adalah satu kesalahan.
Orang ramai turut diminta segera ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekiranya menghadapi masalah MyKad atau kehilangan MyKad. Orang ramai turut boleh menyemak penggunaan Budi95 menggunakan pelbagai medium, termasuk pada Touch n Go eWallet dan Setel.
Perkongsian dan peringatan ini hadir lanjutan laporan beberapa hari lepas, dimana seorang lelaki ditahan ketika menggunakan MyKad orang lain untuk penebusan BUDI95.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






