Malaysia Oversight

ASUS Menidakkan Laporan Bahawa Mereka Akan Menghasilkan Memori Sendiri

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
Pengeluar Komputer Riba Mengatakan Komputer Riba Tahun Depan Mungkin Hadir Dengan Jumlah Memori Lebih Sedikit


Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa ASUS mungkin akan memasuki industri pembuatan memori untuk menghasilkan komponen-komponen memori mereka sendiri untuk memastikan harga peranti mereka boleh dikawal dengan lebih baik.

Walaupun begitu, ASUS baru-baru ini telah ditemubual oleh pihak media dari Taiwan, iaitu CNA dan telah mengesahkan bahawa perkara ini tidak benar. ASUS mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pelan untuk menghasilkan memori mereka sendiri, dan mengatakan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan pembuat-pembuat memori sedia ada untuk mencukupkan bekalan memori mereka pada tahun hadapan.

image 85

Menurut laporan tersebut juga, ia dilaporkan bahawa walaupun ia benar bahawa ASUS mula menghasilkan cip memori mereka sendiri, ia akan memakan masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum ASUS boleh mendapatkan hasil pembukaan kilang memori mereka sendiri, dan itu juga sekiranya mereka mempunyai kepakaran untuk merekacipta cip memori mereka sendiri.

Nampaknya pengguna masih perlu berhadapan dengan isu bekalan memori yang tidak mencukupi untuk peranti-peranti pintar dan komputer pada tahun 2026. Ada juga kemungkinan bahawa isu bekalan memori ini akan berlarutan untuk beberapa tahun lamanya, dengan semua pengeluar memori besar kini akan memfokuskan kepada pengeluaran memori HBM berbanding memori DDR.

CNA Taiwan



Source link