Malaysia Oversight

Honor Power 2 Akan Dilancarkan Dengan Bateri 10,000 mAh

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
Honor Power 2 Akan Dilancarkan Dengan Bateri 10,000 mAh


Honor Power 2 Akan Dilancarkan Dengan Bateri 10,000 mAh

December 29, 2025
Honor

Effi Saharudin

Minggu lalu Honor Win dilancarkan dengan bateri 10,000 mAh. Tetapi Honor nampaknya akan turut menawarkan siri Honor Power pula dengan bateri 10,080 mAh tidak lama lagi. Tidak seperti Honor Win, Honor Power 2 ialah peranti kelas pertengahan dengan skrin 6.79-inci yang menawarkan resolusi 1.5K serta kadar segar semula 120Hz.

Honor Power 2 Leak

Menjana peranti ini adalah cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8500 Elite, kamera utama 50+8 MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 10,080 mAh menyokong pengecasan 80W. Ini membolehkan bateri dicas sepenuhnya dalam masa sekitar 1 jam sahaja.

Sungguhpun baterinya besar, peranti masih hanya setebal 7.98mm dan seberat 126 gram. Ia lebih nipis berbanding Honor Power pertama yang dilengkapi bateri 8000 mAh. Tidak diketahui bila peranti akan dilancarkan atau sama ada ia akan ke pasaran global. Honor Power asal tidak ditawarkan di Malaysia selepas dilancarkan Mac tahun ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link