Malaysia Oversight

Rainbow Six Siege Digodam dan Semua Pemain Menerima 2 Bilion Kredit Percuma

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
Rainbow Six Siege Digodam dan Semua Pemain Menerima 2 Bilion Kredit Percuma


Rainbow Six Siege Digodam dan Semua Pemain Menerima 2 Bilion Kredit Percuma

December 29, 2025
e-Permainan
Sekuriti

Effi Saharudin

Pelayar Rainbow Six Siege diserang oleh sekumpulan penggodam semalam dengan ia menyebabkan semua pemain menerima 2 bilion kredit, Renown, Alpha Packs, dan pelbagai skin eksklusif secara percuma. Penggodam turut mengharamkan akaun milik pembangun dalam serangan yang dilakukan awal pagi Ahad waktu Malaysia.

Rainbboiw 6 Siege Hack Godam A

Disebabkan serangan ini, kesemua pelayar Rainbow Six Siege kini telah dinyahaktifkan oleh Ubisoft untuk proses tetapan semula dan menampal kerentanan yang menyebabkan serangan berlaku. Sehingga awal pagi ini, Rainbow Six Siege masih tidak boleh diakses oleh pemain dan Ubisoft mengatakan mereka sedang giat untuk mengembalikan permainan kepada pengguna. Permainan tidak boleh diakses menerusi PC, PS4, PS5, Xbox Series S/X dan Xbox One.

Ubisoft akan mengembalikan permainan ke tetapan sebelum pelayar diserang. Pemain yang membelanjakan kredit yang diterima tidak akan diharamkan. Kesemua transaksi yang dilakukan selepas digodam akan dibatalkan dan kesemua barangan yang “dihadiahkan” oleh penggodam akan ditarik semula.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link