Malaysia Oversight

12 individu direman empat hari

By MkiniBM in December 27, 2025 – Reading time 1 minute
12 individu direman empat hari


Seramai 12 individu direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan dan rusuhan di Pasar Awam Melor di Kota Bharu, , Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata perintah tahanan reman terhadap lima lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan awal 20-an hingga lewat 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di sini hari ini.

Beliau berkata tahanan reman itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, polis menahan kesemua suspek bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Bernama



Source link