Malaysia Oversight

Bersatu akan dapatkan penjelasan dari Adun Perlis isu SD

By MkiniBM in December 27, 2025 – Reading time 1 minute
Bersatu akan dapatkan penjelasan dari Adun Perlis isu SD


Bersatu akan memanggil kelima-lima Ahli Dewan Undangan Negeri () Perlis yang didakwa menandatangani akuan berkanun (SD) mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli.

Presiden parti, Yassin, berkata Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan sedemikian dan akan mendapatkan penjelasan mereka mengenai perkara itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada arahan dikeluarkan oleh Bersatu kepada Perlis untuk menandatangani sebarang SD.

“Bersatu hanya menyembah maklum nama calon untuk jawatan Menteri Besar Perlis dari parti Bersatu setelah dititah oleh Istana Perlis untuk berbuat demikian.

“Oleh itu, Bersatu akan mendapatkan penjelasan daripada Bersatu Perlis untuk mengetahui kedudukan sebenar isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

, yang merupakan pengerusi Perikatan Nasional, menambah bahawa gabungan pembangkang juga menghormati kedudukan sebagai parti yang mengetuai PN Perlis.

“Saya berharap isu mengenai kedudukan Menteri Besar Perlis dapat diselesaikan dalam semangat keluarga besar PN,” katanya.

Politik di Perlis bergolak susulan langkah untuk menyingkirkan Shukri melalui tindakan lapan Adun – tiga daripada dan lima daripada Bersatu.

Mereka juga dikatakan telah mengemukakan SD kepada Raja Perlis, mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap Shukri.

Shukri, yang juga merupakan ahli dewan undangan negeri Sanglang, telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perlis.



Source link