Malaysia Oversight

Puad jangka lagi banyak drama ‘tikam-menikam’ di Perlis

By MkiniBM in December 27, 2025 – Reading time 2 minute
Puad jangka lagi banyak drama ‘tikam-menikam’ di Perlis


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Dr Puad Zarkashi menjangkakan lebih banyak pergolakan politik PN di Perlis susulan pengunduran Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan menteri besar kelmarin.

“Mereka rakan dalam PN. Kecuali jika -Bersatu pecah kongsi.

“Tetapi dijangkakan banyak lagi drama tikam menikam akan berlaku. Cuma ia tidak menyebabkan MN hidup balik. sudah şerik,” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.

Puad merujuk kerjasama MN yang membentuk selepas pentadbiran Dr Mahathir Mohamad tumbang pada 2020.

ff2380f3c92e3d03520c9292dc6e907e

Sebelum ini, Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal secara ringkas mencadangkan supaya PN dibubarkan manakala MN diwujudkan semula berikutan perkembangan politik di Perlis dan kes titah adendum bekas perdana menteri .

Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari kemudian membalas perkara itu boleh dicapai dengan menubuhkan jawatankuasa perunding.

Politik di Perlis bergolak selepas wujud usaha menyingkirkan Mohd Shukri menerusi tindakan lapan Adun, masing-masing tiga daripada PAS dan lima daripada Bersatu.

Mereka juga dikatakan telah menyerahkan SD kepada Raja Perlis, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri.

1c4a98b59b853e187b9dbdc7a2130312

Susulan itu, PAS memaklumkan keahlian tiga Adunnya di Perlis terhenti berkuat kuasa serta-merta. Mereka ialah Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan telah mengumumkan kekosongan luar jangka di tiga DUN berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Bersatu mengambil tindakan tegas terhadap lima Adun daripada parti mereka.

Dalam pada itu, Puad menggesa PAS supaya mengambil pendirian berlapang dada dan menyerahkan kepimpinan negeri kepada Bersatu demi mengelakkan ketidaktentuan pentadbiran.

c4b091816d52c3da2cdb9674d1132223

“PAS patut gentleman. Lepaskan sahaja kepada Bersatu. Jangan biarkan pentadbiran negeri tergantung. Utamakan rakyat,” katanya.

Jawatan menteri besar, kata Puad wajar diserahkan kepada Bersatu memandangkan majoriti Adun yang menarik sokongan terhadap Shukri datang daripada parti itu.

“Dari segi logik Perlis perlu ada MB baru. Dan Menteri Besar baru itu mestilah daripada Bersatu. Kerana lima daripada lapan (Adun) yang menarik sokongan terhadap Shukri ialah dari Bersatu,” katanya.

Dia berkata Bersatu hampir mustahil mengambil tindakan disiplin terhadap lima Adunnya yang terlibat kerana situasi itu membuka peluang kepada parti berkenaan mentadbir sebuah negeri.

06574d17baca3024e9a2e8e5f5566ba8

“Mustahil Bersatu akan memecat lima Adun Bersatu yang tarik sokongan itu. Ini peluang terbaik Bersatu dapat mentadbir satu negeri,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin mengingatkan semua pihak agar bertenang dan menangani perkembangan politik di Perlis dengan penuh kematangan.

Hamzah menjelaskan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu perlu dihormati, apabila PN diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri tersebut.

“Keutamaan adalah bagi memastikan Negeri Perlis terus berfungsi dengan baik,” katanya.



Source link