Malaysia Oversight

Desakan PAS: Bertenang, utamakan kestabilan jangka panjang

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 2 minute
Desakan PAS: Bertenang, utamakan kestabilan jangka panjang


Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin mengingatkan semua pihak agar bertenang dan menangani perkembangan politik di Perlis dengan penuh kematangan.

Ini di tengah-tengah desakan oleh agar Bersatu mengambil tindakan terhadap lima mereka yang didakwa terlibat menandatangani surat akuan berkanun (SD) bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Jelas Hamzah, sebarang keputusan dan pendirian politik harus berpaksikan kebajikan rakyat Perlis serta kelangsungan pentadbiran negeri dalam jangka panjang.

“Rakyat menaruh keyakinan penuh bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail akan menggunakan kebijaksanaan dan kuasa prerogatif Baginda selaras dengan Perlembagaan Negeri, bagi menentukan pelantikan Menteri Besar baru,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Politik di Perlis bergolak selepas wujud usaha menyingkirkan Mohd Shukri menerusi tindakan lapan , masing-masing tiga daripada dan lima daripada Bersatu.

Mereka juga dikatakan telah menyerahkan SD kepada Raja Perlis, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri.

Susulan itu, memaklumkan keahlian tiga Adunnya di Perlis terhenti berkuat kuasa serta-merta. Mereka ialah Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan telah mengumumkan kekosongan luar jangka di tiga DUN berkenaan.

Semalam Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perlis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Bersatu mengambil tindakan tegas terhadap lima Adun daripada parti mereka.

Menurut Tuan Ibrahim tindakan sedemikian penting sebagai tanda hormat kepada rakan komponen dalam PN.

Dalam pada itu, Hamzah menekankan bahawa mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu perlu dihormati, apabila Perikatan Nasional (PN) diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri tersebut.

“Keutamaan adalah bagi memastikan Negeri Perlis terus berfungsi dengan baik dan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada kebajikan serta keperluan rakyat,” katanya.



Source link