Malaysia Oversight

Rayer gesa kerajaan protes insiden keganasan agama di Bangladesh

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Rayer gesa kerajaan protes insiden keganasan agama di Bangladesh


Pengerusi Lembaga Wakaf Pulau Pinang (PHEB) RSN Rayer menggesa Malaysia mengemukakan protes keras kepada Kedutaan Bangladesh susulan laporan mengenai seorang lelaki dibakar hidup-hidup di negara itu. 

Rayer turut mendesak Malaysia mendapatkan jaminan daripada pihak berkuasa Bangladesh agar pelaku jenayah dihadapkan ke muka pengadilan serta memastikan masyarakat minoriti dilindungi daripada sebarang kekejaman pada masa hadapan.

“Malaysia mesti berdiri teguh demi hak asasi manusia dan menentang segala bentuk penganiayaan agama, di mana sahaja ia berlaku,” katanya.

Terdahulu, pekerja kilang Dipu Chandra Das, 27, dilapor dipukul dan dibakar di daerah Mymensingh, Bangladesh pada minggu lalu susulan dakwaan dia menghina Nabi. 

Insiden itu memburukkan lagi ketegangan antara India yang majoriti penduduknya beragama dengan jirannya yang majoriti Muslim.

Dia yang juga anggota parlimen Jelutong menyifatkan insiden itu sebagai pencabulan hak asasi manusia yang amat membimbangkan dan tidak boleh diterima sama sekali. 

“Tiada individu harus menjadi sasaran keganasan kerana identiti agama mereka. Hak dan keselamatan golongan minoriti mesti dilindungi pada setiap masa,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Selain isu di Bangladesh, dia turut mengecam serangan terhadap penganut Kristian yang sedang menyambut perayaan Krismas di India.

Dia menegaskan bahawa kebebasan beragama adalah hak asasi yang perlu dipertahankan tanpa sebarang gangguan atau ketakutan.



Source link