Malaysia Oversight

Pemuda PAS Perlis desak Bersatu ambil tindakan ke atas lima Adun

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Dewan Pemuda Perlis mendesak Bersatu supaya mengambil tindakan tegas terhadap lima daripada parti itu yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Ketua Pemuda Perlis, Haziq Asyraf berkata, langkah itu perlu bagi memastikan tindakan konsisten memandangkan sendiri telah mengambil tindakan ke atas tiga Adunnya yang terlibat dalam isu sama.

“Kami mendesak rakan komponen kami, Bersatu agar mengambil langkah yang selari dan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam gerakan menandatangani Statutory Declaration (SD) (bagi menjatuhkan Mohd Shukri),” ujarnya dalam kenyataan.

Terdahulu, politik di Perlis bergolak selepas wujud usaha menyingkirkan Mohd Shukri menerusi tindakan lapan , masing-masing tiga daripada PAS dan lima daripada Bersatu.

e2683b28539e609d6d3d1bd6f9c5d4d3

Mereka juga dikatakan telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri.

PAS memaklumkan keahlian tiga Adunnya di Perlis terhenti berkuat kuasa serta-merta. Mereka ialah Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Susulan daripada itu, speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka di tiga DUN berkenaan.

Semalam Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perlis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Bersatu mengambil tindakan tegas terhadap lima Adunnya.

Menurut Tuan Ibrahim tindakan sedemikian penting sebagai tanda hormat kepada rakan komponen dalam PN.

Haziq turut mengulangi penegasan yang sama dengan mengatakan integriti PN Perlis perlu dipelihara demi masa depan gabungan berkenaan.

“Keharmonian antara parti komponen mestilah berasaskan rasa hormat dan tindakan yang konsisten.

“Keutuhan gabungan ini hanya akan dipandang tinggi oleh rakyat sekiranya kita berani bertindak adil ke atas ahli sendiri yang melanggar etika perjuangan,” ujarnya.



Source link