Malaysia Oversight

88.89 peratus projek air siap ikut jadual

By Utusan in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Peruntukan ahli Parlimen kekal, fokus tangani isu rakyat


PETALING JAYA: Kira-kira 88.89 peratus projek sambungan sumber dan bekalan air berjaya disiapkan lebih awal atau mengikut jadual, sekali gus membuktikan kecekapan pelaksanaan secara terancang, berfokus dan berdisiplin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pencapaian itu turut menunjukkan kecekapan tadbir urus dan kesungguhan memastikan manfaat segera sampai kepada rakyat.

“Pencapaian ini mencerminkan iltizam berterusan Madani dalam memperkukuh prasarana air negara, menjamin kebajikan rakyat serta memastikan tiada komuniti terpinggir daripada menikmati kemudahan asas yang berkualiti.

“Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap langkah pembangunan negara, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, akses kepada bekalan air bersih, selamat dan berterusan bukan sekadar keperluan, malah merupakan hak asas setiap rakyat yang wajib dipelihara.

“Berteraskan prinsip keadilan sosial dan kesejahteraan bersama, terus memperkukuh komitmen ini melalui pelaksanaan dasar dan projek yang berimpak tinggi,” katanya. – UTUSAN





Source link