Malaysia Oversight

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di K’tan, T’ganu sampai 29 Dis

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di dan Terengganu hingga 29 Dis ini (Isnin).

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh di , manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di ; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) bagi tempoh yang sama.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada diramalkan melanda kawasan Gua Musang di Kelantan; Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) hingga Isnin depan.

Bernama



Source link