Snapchat memperkenalkan lensa baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dinamakan Animate It iaitu lensa janaan video AI pertama di platform tersebut. Lensa ini ditawarkan khusus kepada pelanggan Lens+ lalu membuka peluang kepada pengguna untuk menghasilkan video pendek dengan lebih mudah serta bersifat peribadi.

Dengan Animate It, pengguna dapat menukar idea menjadi video pendek yang unik dan mudah dikongsi dalam beberapa saat. Lensa ini dibangunkan menggunakan model janaan video AI dalaman Snap, lalu membolehkan pengguna menghasilkan animasi terus daripada imaginasi mereka.
Cara penggunaannya mudah dengan ketik ‘Animate It’ melalui kamera, pilih lensa kemudian masukkan idea sendiri atau gunakan cadangan yang tersedia. Seterusnya, konsep tersebut akan ditukar menjadi video pendek yang boleh dikongsi di Snapchat atau platform lain.






