Malaysia Oversight

Huawei Nova 15, 15 Pro dan 15 Ultra Dilancarkan Dengan Kirin 9010S

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 2 minute
Huawei Nova 15, 15 Pro dan 15 Ultra Dilancarkan Dengan Kirin 9010S


Huawei Nova 15, 15 Pro dan 15 Ultra Dilancarkan Dengan Kirin 9010S

December 23, 2025
Huawei

Effi Saharudin

Siri Huawei Nova 15 dilancarkan di dengan tiga model baharu Nova 15, Nova 15 Pro dan Nova 15 Ultra. Ketiga-tiga peranti memberikan penekanan kepada ciri kamera serta kapasiti bateri yang besar.

Kita mulakan dengan model paling mercu iaitu Huawei Nova 15 Ultra dengan skrin 6.84″ LTPO OLED 120Hz dengan ia dipadankan dengan kaca Kunlun. Ini dipadankan pula dengan cip Kirin 9010S, storan sehingga 1TB dan bateri 6500mAh SiC yang menyokong pengecasasan berwayar 100W dan 50W nirwayar

Huawei Nova 15 Ultra

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.4 – f/4.0, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP dan sensor multispektral 1.5MP. Peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 serta IP69.

Huawei Nova 15 Pro

Huawei Nova 15 Pro juga dilengkapi skrin 6.84″ LTPO OLED 120Hz dengan ia dipadankan dengan kaca Kunlun. Ini dipadankan pula dengan cip Kirin 9010S, storan sehingga 512GB dan bateri 6500mAh SiC yang menyokong pengecasasan berwayar 100W sahaja.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.8, ultra lebar 13MP dan telefoto 12MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP dan sensor multispektral 1.5MP. Peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP68 serta IP69.

Huawei Nova 15 A

Akhir sekali Huawei Nova 15 dilengkapi skrin 6.7″ OLED 120Hz dengan ia dipadankan dengan kaca Kunlun. Ini dipadankan pula dengan cip Kirin 8020, storan sehingga 512GB dan bateri 6000mAh SiC yang menyokong pengecasasan berwayar 100W sahaja.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.8, dan telefoto 12MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP. Peranti turut melepasi piawaian kalis air serta debu IP65 sahaja.

Ketiga-tiga peranti menggunakan sistem operasi HarmonyOS 6.0 dengan model Pro dan Ultra turut menyokong komunikasi satelit.



Source link