Malaysia Oversight

Bekas Timbalan Presiden AMD dan Intel Menyertai Samsung Bagi Menerajui Pembangunan Exynos

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 1 minute
Bekas Timbalan Presiden AMD dan Intel Menyertai Samsung Bagi Menerajui Pembangunan Exynos


Bekas Timbalan Presiden AMD dan Intel Menyertai Samsung Bagi Menerajui Pembangunan Exynos

December 23, 2025
AMD
Samsung

Effi Saharudin

Samsung Electronics telah melantik John Rayfield, bekas Naib Presiden Kanan di AMD dan Intel, untuk mengetuai pembangunan GPU, sistem IP, dan senibina SoC mereka di Samsung Austin Research Center (SARC) dan Advanced Computing Lab (ACL).

John Rayfield

Pelantikan Rayfield dilihat sebagai langkah meningkatkan kemampuan GPU Exynos dan juga cip Exynos sendiri yang masih mempunyai reputasi buruk berbanding cip keluaran Qualcomm dan MediaTek pada ketika ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman LinkedIn peribadi, Rayfield memuji usaha yang telah dilakukan pasukan SARC/ACL dalam menghasilkan cip terkini Exynos 2600 yang dilengkapi GPU Xclipse 960. Ia adalah cip pertama dunia dihasilkan menggunakan teknologi 2nm dengan ia akan digunakan pada sebahagian peranti dalam siri Galaxy S26 yang akan dilancarkan tahun depan.

Rayfield ialah veteran dalam dunia semikonduktor dengan beliau terlibat dengan pembangunan cip siri Ryzen AI 300 di AMD dan pembangunan cip Visual Intelligence Processing Unit (VPU) cip Meteor Lake di Intel. Bagi yang kurang menggemari cip Exynos, kehadiran Rayfield mungkin akan akhirnya membolehkan cip buatan Samsung ini bersaing dengan lebih kompetitif dengan cip-cip lain di pasaran.



Source link