Malaysia Oversight

Amerika Mengharamkan Import Dron dan Komponen Dron Buatan Luar Negara

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 1 minute
Amerika Mengharamkan Import Dron dan Komponen Dron Buatan Luar Negara


Amerika Mengharamkan Import Dron dan Komponen Dron Buatan Luar Negara

December 23, 2025
Dron

Effi Saharudin

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) semalam mengharamkan import semua dron dan juga komponen baharu yang digunakan dron sekiranya ia dibuat di luar negara. Pengharaman ini secara rasminya mengharamkan import dron import keluaran DJI dan Autel ke pasaran Amerika Syarikat.

Amerika China Dron

Menurut FCC, dron buatan negara luar “mendatangkan risiko sekuriti” ke atas negara. Ini adalah tindakan untuk untuk menjamin keselamatan ruang udara Amerika Syarikat dan memacu industri pembuatan dron tempatan. Tiada dron baharu akan dibenarkan dibawa masuk begitu juga dengan alat ganti yang diperlukan oleh pemilik dron. Dengan kata lain pengguna di Amerika Syarikat perlu mencari dron alternatif buatan syarikat tempatan bagi menggantikan dron buatan luar negara milik mereka sekarang.

Menerusi FY25 Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) yang diluluskan kongres Disember tahun lalu, agensi keselamatan Amerika Syarikat perlu menjalankan penilaian rasmi ke atas dron buatan . Audit akan dilakukan dalam tempoh setahun bagi menentukan secara adil sama ada teknologi dron sedia ada menimbulkan risiko sebenar atau tidak.

Jun lalu DJI mengatakan, agensi keselamatan masih belum melakukan audit ke atas mereka walaupun permintaan untuk ia dilakukan telah dihantar pada Mac. Menurut DJI mereka tidak mahu menjadi mangsa diharamkan kerana kegagalan pihak berkuasa melakukan audit dalam tempoh yang ditetapkan. DJI menegaskan mereka bersedia untuk diaudit dan percaya tiada sebarang isu sekuriti akan ditemukan.



Source link