
Firefox Akan Menyertakan Sokongan Untuk Matikan Ciri AI
Aman
Lanjutan daripada perkongsian CEO Mozilla yang baharu, kini pihak pembangun Firefox menekankan yang mana pelayar web Firefox akan menyertakan sebuah ciri khusus yang akan membolehkan pengguna mematikan semua ciri kecerdasan buatan pada pelayar web berkenaan. Perkongsian ini hadir lanjutan daripada kritikan ramai terhadap langkah Firefox menyertakan ciri AI padanya.
Fungsi mematikan ciri AI ini akan memberikan pengguna lebih kawalan pada pelayar web masing-masing. Disamping itu, ia turut ditekankan yang mana ciri AI perlu diaktifkan sendiri oleh pengguna, dan tidak akan diaktifkan secara automatik kepada semua.
Pelayar web Firefox, dan pelbagai produk Mozila dibangunkan secara terbuka bersama komuniti, membolehkan ramai memberikan maklumbalas kepadanya. Namun, ada kalanya beberapa projek dibangunkan sendiri, dan kemudiannya tidak menerima penggunaan yang tinggi. Sebelum ini, Mozilla telah membangunkan sejumlah projek dan menamatkannya, termasuk FirefoxOS, laman sosial Mozilla Social, log masuk Mozilla Persona, panggilan video Firefox Hello, Firefox Send untuk menghantar dokumen dan fail, Firefox Notes untuk menyimpan nota, dan projek paling terbaru ditamatkan adalah Pocket yang menjadi tempat menyimpan pautan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






