Malaysia Oversight

Apple Akan Menawarkan MacBook Mampu Milik Dengan Cip iPhone

By Amanz in July 1, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Akan Menawarkan MacBook Mampu Milik Dengan Cip iPhone


Apple

Akan Menawarkan MacBook Mampu Milik Dengan Cip

June 30, 2025

Effi Saharudin

MacBook ialah komputer riba terbaik pernah saya gunakan sejak berjinak-jinak dengan komputer pertama pada tahun 1988. Ramai tidak mampu memilikinya kerana harga jualan yang lebih tinggi berbanding komputer riba dengan spesifikasi yang setanding. Kini penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo mengatakan, MacBook mampu milik akan dibangunkan dengan ia dikuasakan oleh cip .

Apple Macbook Air 2022

Menurut beliau MacBook ini dilengkapi skrin 13″ dan dipadankan dengan cip A18 Pro yang digunakan pada siri 16 Pro tahun lalu. Pengeluaran akan dilakukan seawal Q4 2025 atau Q1 2025. Ia diharap dapat meningkatkan jualan MacBook dalam masa terdekat.

Jika laporan ini benar, ia adalah satu langkah yang menarik kerana akhirnya MacBook kelas permulaan akan ditawarkan. Ia mungkin boleh dilihat seperti iPhone SE/16e yang dipasarkan sebagai iPhone pertama untuk kanak-kanak. MacBook dengan cip iPhone ini mungkin dipasarkan pula sebagai yang pertama untuk kanak-kanak yang ingin menaik taraf daripada sebuah iPad.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link