Malaysia Oversight

Luruan monsun dijangka berlaku 25 hingga 29 Dis ini

By MkiniBM in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Dis ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut Selatan.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia, hari ini.

Bernama



Source link