Kehadiran Oppo Reno15 Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi – Tempahan Awal Dibuka
Amy Maizuraa
Generasi baharu Oppo Reno15 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini didedahkan oleh Oppo melalui laman web rasminya dengan pelancaran dijadualkan pada 6 Januari 2026. Pratempahan awal peranti turut dibuka sehingga 5 Januari 2026 dengan deposit sebanyak RM50.

Tempahan awal hadir bersama hadiah bernilai RM1157 yang merangkumi rebat segera RM50, Oppo Crossbody Lanyard, kabel type-C serta 500 mata ganjaran. Selain daripada itu, pembeli boleh menambah sebanyak RM99 untuk mendapatkan Oppo Watch S yang asalnya berharga RM799. Sebanyak dua model ditawarkan iaitu Standard dan Pro namun spesifikasinya masih belum dipastikan sama ada sama seperti versi pasaran China atau sebaliknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






