Malaysia Oversight

Samsung Memperlihatkan Memori SOCAMM2 LPDDRX Untuk Mesin Pelayan

By Amanz in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Memperlihatkan Memori SOCAMM2 LPDDRX Untuk Mesin Pelayan


Samsung Memperlihatkan Memori SOCAMM2 LPDDRX Untuk Mesin Pelayan

December 22, 2025
Samsung

Nazrin

Memori Small Outline Compression Attached Memory Module (SOCAMM) adalah satu format memori yang diperkenalkan yang membolehkan komponen memori sebuah komputer untuk hadir dengan penggunaan ruang yang lebih rendah, dan pada masa yang sama hadir dengan kelajuan penghantaran dan pembacaan data yang sangat pantas.

Baru-baru ini, Samsung telah memperlihatkan penggunaan format memori SOCAMM2, iaitu memori format SOCAMM yang dibangunkan khusus untuk kegunaan mesin pelayan di pusat data kecerdasan buatan.

image 37

Memori SOCAMM2 ini menggunakan cip memori LPDDR5X yang secara lazimnya perlu dipaterikan terus kepada papan induk mesin pelayan untuk mendapatkan prestasi terbaik. Dengan modul SOCAMM2, cip memori LPDDR5X boleh dipasang pada papan induk secara modular, bagaikan memasang memori pada sebuah komputer biasa, tetapi secara leper.

Dengan penggunaan memori SOCAMM2, ia dijangkakan bahawa menambah memori pada pusat data kelak tidak memerlukan pertukaran komponen sebesar papan induk sebuah mesin pelayan, tetapi semudah menukar modul memori sahaja. Rekaan SOCAMM2 yang mendatar juga memudahkan syarikat-syarikat untuk memasang sistem penyejukan yang lebih menyeluruh untuk menyejukkan komponen pemprosesan data.

image 38

Samsung mengatakan bahawa mereka juga bekerjasama dengan JEDEC dan NVIDIA untuk memastikan bahawa komponen memori ini boleh digunakan dengan cekap pada pelbagai ekosistem mesin pelayan NVIDIA dan memastikan bahawa prestasi pemprosesan dan penggunaan kuasa pada papan-papan induk adalah lebih cekap daripada penawaran sedia ada.

Samsung Semiconductor



Source link