Malaysia Oversight

Xiaomi 17 Ultra Akan Dilancarkan Pada 25 Disember 2025

By Amanz in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
Xiaomi 17 Ultra Akan Dilancarkan Pada 25 Disember 2025


Xiaomi 17 Ultra Akan Dilancarkan Pada 25 Disember 2025

December 22, 2025
Xiaomi

Amy Maizuraa

Kemaskini terbaharu mengesahkan bahawa Xiaomi 17 Ultra akan dilancarkan di pada 25 Disember 2025. Selain tarikh pelancaran, rekaan kemasan peranti turut diperlihatkan dalam beberapa pilihan warna tanpa perubahan signifikan dari segi reka bentuk keseluruhan.

Xiaomi 17 Ultra 00B

Namun demikian, Xiaomi 17 Ultra hadir dengan kemasan serba baharu ‘Starry Sky Green’ yang lebih menonjol melalui elemen seakan kerlipan bintang bersinar. Ciri kemewahan itu ditambah dengan butang laras audio yang berlekuk pada bingkai peranti bagi memberikan cengkaman lebih selesa. Bonggol kamera dengan reka bentuk ringkas turut disertakan tanpa menjejaskan keselesaan penggunaan.

Peranti ini menggunakan skrin rata 2D bersaiz besar yang disertai tubuh nipis dengan ketebalan hanya 8.29mm. Nantikan pelancaran rasminya untuk ketahui butiran penuh pada peranti ini.

Weibo (diterjemah)



Source link