Malaysia Oversight

Penyokong tegar Najib berkumpul tunggu keputusan mahkamah

By MkiniBM in December 22, 2025 – Reading time 2 minute
Penyokong tegar Najib berkumpul tunggu keputusan mahkamah


Ratusan penyokong tegar mula berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi hari ini menjelang keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Suasana di luar mahkamah diwarnai laungan sokongan seperti ‘Keadilan untuk Najib’, ‘bebas bossku’ dan ‘Lawan tetap lawan’, sebagai tanda solidariti terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Difahamkan, penyokong yang hadir datang dari pelbagai negeri, termasuk dari utara Semenanjung manakala Najib tiba dari Penjara Kajang sekitar jam 8.40 pagi.

Pagi ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa dan enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan titah adendum yang didakwa diperkenan pada Januari tahun lalu.

c4e2e621db62f88fc4dec060711f8ac6

Titah adendum tersebut dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, susulan sabitan kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Najib turut memohon supaya, sekiranya titah itu disahkan wujud, semua responden atau mana-mana daripada mereka diperintahkan melaksanakannya dengan segera, termasuk memindahkan dia dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Dalam prosiding sama, Hakim Azizah Nawawi bersama Hakim Azhahari Kamal Ramli dan Hakim Mohd Firuz Jaffril juga akan mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan keterangan tambahan bagi menyokong dakwaannya mengenai kewujudan titah berkenaan.

Sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini akan diketepikan dan kes berkenaan diremitkan untuk didengar dari segi merit.

bea55cb3ed4be17f0d3bc4087bf94da1

Bagaimanapun, jika Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Najib masih boleh memfailkan rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 3 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung dakwaan kewujudan titah adendum.

Ketika itu, Amarjeet memutuskan bahawa dakwaan berhubung titah tersebut hanyalah khabar angin dan empat afidavit yang dikemukakan bagi menyokong tuntutan Najib — termasuk kenyataan Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Wan Rosdy Wan Ismail — tidak boleh diterima kerana bersifat hearsay.

Dalam permohonannya, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, serta Malaysia sebagai responden.

Untuk rekod, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC, Najib memfailkan petisyen pengampunan diraja pada 2 September 2022 susulan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan pada 23 Ogos tahun sama.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib dari 12 tahun ke enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.



Source link