Malaysia Oversight

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga petang ini

By TheSun in December 20, 2025 – Reading time 1 minute
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga petang ini


MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, , Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.

Amaran itu melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Semenanjung, keadaan cuaca buruk dijangka melanda beberapa daerah di Pahang, dan Negeri Sembilan.

Kawasan terjejas di Pahang ialah Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan.

Di , amaran dikeluarkan untuk Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Daerah Jelebu di Negeri Sembilan juga dijangka mengalami cuaca buruk.

Di Sarawak, amaran ribut petir melibatkan bahagian Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Kawasan spesifik termasuk Sarikei dan Meradong, Sibu dan Selangau, Tatau dan Bintulu, Miri dan Marudi.

Di Sabah, amaran dikeluarkan untuk kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Daerah terlibat ialah Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tongod, Kinabatangan, Sandakan dan Kota Marudu. – Bernama



Source link