Malaysia Oversight

Warner Bros Discovery Meminta Pemegang Saham Memilih Tawaran Netflix dan Menolak Paramount

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 1 minute
Netflix Secara Rasmi Mengambil Alih Warner Bros, HBO dan HBO Max


Warner Bros Discovery Meminta Pemegang Saham Memilih Tawaran Netflix dan Menolak Paramount

December 19, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Warner Bros, Discovery (WBD) ingin dijual dan mereka menerima bidaan $82.7 bilion yang ditawarkan Netflix beberapa minggu lalu. Tetapi kemudiannya Paramount melakukan bidaan balas bernilai $108.4 bilion untuk membeli keseluruhan Warner Bros. Discovery (WBD) dengan tawaran membeli saham pada nilai lebih tinggi.

Walaupun tawaran Paramount adalah jauh lebih lumayan, WBD telah meminta pemegang saham memilih tawarkan Netflix. Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Netlix menyambut baik saranan yang diberikan ini. Alasan yang diberikan oleh WBD ialah muncul kemusykilan bagaimana Paramount akan menjana dana serta mungkin sukar mendapatkan kelulusan kawal selia pihak berkuasa/

Netflix Warner Bros Discovery

Paramount ialah syarikat paling awal mengumumkan mereka berminat membeli WBD sebelum Netflix dan Comcast turut mengumumkan niat yang sama. Dalam pengumuman yang dilakukan semalam, Paramount berkata mereka menghubungi lembaga pengarah WBD sebanyak enam kali tetapi tawaran mereka ditolak didakwa lebih berminat menjual syarikat kepada Netflix.

Tawaran yang dilakukan Paramount ini adalah terus kepada pemegang syarikat dengan premium 139% nilai saham semasa syarikat yang kini di tahap $12.54. WBD juga akan dibeli secara keseluruhan oleh Paramount.

Netflix hanya berminat membeli Warner Bros Television, Warner Bros Motion Picture Group, DC Studios, HBO and HBO Max. Perniagaan Global Networks dipisahkan dengan Ia terdiri daripada perniagaan hiburan, sukan dan saluran berita CNN, TNT Sports, Discovery networks, platform penstriman Discovery+ dan Bleacher Report.



Source link