Malaysia Oversight

JPV terima lebih 1,900 aduan

By MkiniBM in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
JPV terima lebih 1,900 aduan


Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerima 1,920 aduan setakat hari ini berhubung kes pengabaian haiwan di sebuah klinik veterinar swasta di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan penguat kuasa JPV telah membuat tindakan lanjut di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan dengan memanggil Orang Yang Disyaki (OYDS) supaya hadir di pejabat JPV bagi memberi keterangan berhubung kes terbabit.

“Siasatan juga akan diteruskan dengan mengesan saksi lain yang mungkin boleh membantu siasatan berdasarkan rakaman video yang tular,” menurut kenyataan itu.

Semalam, JPV menerusi kenyataan memaklumkan telah mengambil tindakan susulan dengan melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.

Pemeriksaan oleh pasukan Pegawai Kebajikan Haiwan (PKH) itu telah menjumpai satu karkas kucing dan satu karkas anjing yang diletakkan di dalam sangkar yang berbeza.

Karkas berkenaan telah dihantar ke Makmal Veterinar Zon Tengah, Salak Tinggi, Sepang, bagi dijalankan bedah siasat.

Terdahulu, video dan gambar mengenai kejadian itu yang memaparkan seekor anjing dan kucing mati di sebuah klinik veterinar tidak terurus di Damansara Damai.

– Bernama



Source link