Xiaomi AI Glasses Diperkenalkan – Kaca Mata Dengan Kamera, Serta Integrasi AI
June 26, 2025
•
Aman
Arena kaca mata pintar semakin mendapat perhatian ramai kebelakangan ini. Buat masa ini, Meta mendahului dalam penawaran kaca mata pintar ini melalui kerjasama dengan Ray-Ban. Selain itu, beberapa pihak juga turut sedia menyatakan hasrat untuk menceburi bidang sama.

Tidak ketinggalan adalah Xiaomi, yang mana hari ini telah memperkenalkan kaca mata pintar tersendiri mereka, dinamakan Xiaomi AI Glasses.
Kaca mata pintar ini memfokuskan kepada sokongan rakaman gambar dan video perspektif pandang pertama melaluinya, selain turut hadir dengan sokongan integrasi janaan AI untuk membolehkan pengguna bertanyakan soalan dan mendapatkan jawapan. Xiaomi menyertakan kamera 12-megapixel pada kaca mata pintar ini.

Tidak setakat itu, ia turut hadir dengan sokongan audio stereo bagi membolehkan anda mendengar dan menikmati audio mahupun lagu ketika memakainya.
Memandangkan ia menyertakan sokongan integrasi kecerdasan buatan, maka kaca mata pintar ini mungkin ditawarkan terhad di China buat masa ini. Di China, ia dijual pada harga bermula RMB1999, iaitu sekitar RM1,200.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.