Malaysia Oversight

Perkhidmatan Seru Pandu InDrive Teruskan Operasi Selepas Kelulusan APAD

By Amanz in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
Perkhidmatan Seru Pandu InDrive Teruskan Operasi Selepas Kelulusan APAD


Perkhidmatan Seru Pandu InDrive Teruskan Operasi Selepas Kelulusan APAD

December 18, 2025
Seru-Pandu

Amy Maizuraa

Episod membabitkan inDrive apabila diarahkan menghentikan operasi kini menemui titik akhir setelah syarikat tersebut akhirnya dibenarkan meneruskan operasi selepas menerima kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Dengan kelulusan ini, syarikat berkenaan telah menamatkan tempoh pemantauan selama tiga bulan serta memenuhi sepenuhnya semua syarat peraturan yang ditetapkan.

InDrive MY 01

Susulan daripada itu, inDrive akan mengukuhkan kehadirannya di Malaysia melalui proses pengambilan pemandu yang lebih sistematik, semakan semula dokumen yang dipertingkatkan, audit dalaman berterusan serta inisiatif sokongan pemandu yang diperluas. Syarikat ini juga kekal komited terhadap pengalaman perjalanan yang selamat dan pelaburan jangka panjang dalam komuniti Malaysia melalui program seperti inDrive Academy serta pelbagai inisiatif berfokus kepada kemudahan akses.

InDrive Perkhidmatan

Dalam pada itu, ‘Platinum Drivers Giveaway’ akan kembali pada separuh pertama 2026 dengan kategori ganjaran serta inisiatif penglibatan yang dipertingkatkan bagi terus memberi motivasi kepada pemandu. Kemaskini ini juga hadir selepas Maxim sebelum ini turut mengesahkan bahawa mereka masih beroperasi secara rasmi di Malaysia.



Source link