Malaysia Oversight

Micron Mengatakan Bekalan Komponen Memori Untuk Peranti Pengguna Akan Kekal Rendah Selepas 2026

By Amanz in December 18, 2025 – Reading time 2 minute
Micron Menghentikan Jenama Crucial Bagi Memberi Tumpuan Kepada Keperluan AI


Micron Mengatakan Bekalan Komponen Memori Untuk Peranti Pengguna Akan Kekal Rendah Selepas 2026

December 18, 2025
Lain-lain

Nazrin

Micron baru-baru ini telah membuat pengumuman mengatakan bahawa mereka akan menutup jenama pengeluar memori komputer pengguna Crucial pada tahun hadapan. Ini bermakna bahawa mereka tidak lagi akan mengeluarkan komponen RAM dan storan SSD untuk jualan terus kepada pengguna.

Walaupun begitu, Micron masih lagi akan mengeluarkan komponen tersebut untuk jenama-jenama pengeluar komputer, tetapi mengatakan bahawa mereka hanya akan mampu memenuhi separuh ke dua pertiga daripada permintaan pasaran untuknya.

Jangkaan Sanjay Mehrotra, CEO dan pengerusi Micron, kekangan bekalan cip memori untuk peranti pengguna dijangka akan berlarutan walaupun selepas 2026, dari DDR4 ke DDR5 dan GDDR6 dan GDDR7 kerana permintaan dan kesanggupan syarikat-syarikat AI dan pembangun komponen AI untuk membelinya pada harga yang jauh lebih tinggi dari pasaran.

Micron Crucial

Micron baru-baru ini juga dilaporkan telah mencatatkan jumlah pendapatan $13.64 bilion pada suku kewangan terbaru yang merupakan peningkatan 57 peratus berbanding dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya. Perkara ini berterima kasih kepada jualan cip memori kepada syarikat-syarikat pembangun teknologi AI dan juga syarikat pusat data yang membelinya pada harga yang dinaikkan berkali ganda.

Jumlah pendapatan Micron juga dilihat meningkat kerana jualan memori HBM (High Bandwidth Memory) yang juga memperlihatkan peningkatan permintaan yang mendadak. Ia dijangka bahawa jumlah pasaran yang boleh ditangani yang akan membeli memori HBM akan meningkat ke $100 bilion menjelang 2028.

Penutupan Crucial dilihat tidak membantu keadaan untuk pengguna yang mahu membeli atau membina komputer baru, dengan syarikat-syarikat memori lain seperti Samsung dan SK Hynix juga memperlihatkan peningkatan harga komponen yang sangat mendadak, dengan jenama-jenama komputer dan peranti pintar mungkin memperkenalkan penawaran dengan jumlah memori rendah kelak.

Tom’s Hardware



Source link