Malaysia Oversight

Samsung Dan UiTM Melancarkan Galaxy Lab Smart Classroom

By Amanz in June 26, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Dan UiTM Melancarkan Galaxy Lab Smart Classroom


Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Samsung Malaysia melalui pelancaran rasmi Samsung Galaxy Lab Smart Classroom.

04a06f20 bb0f 4fd5 bb81 cb2bf1dc3c5b

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Galaxy Campus dan menggambarkan usaha untuk mengukuhkan hubungan antara institusi akademik tempatan dan sektor industri. Ia juga seiring dengan perkembangan pesat transformasi digital di negara ini.

51c2ada6 5439 40da a1b0 9298cd864dd2

Buat julung kalinya, bilik kuliah konvensional di UiTM telah dinaik taraf sepenuhnya menjadi ruang pembelajaran moden. Sebuah ruang berskala besar kini tersedia lengkap dengan teknologi terkini daripada Samsung bagi menyokong keperluan pengajaran semasa secara lebih efektif dalam persekitaran berteknologi tinggi.

IMG 0762 1

UiTM merupakan antara universiti terawal di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia bagi menjayakan inisiatif ini. Inisiatif ini juga merupakan satu usaha berterusan yang selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan digital.

7f4b762e f8e7 40fd 919b b15e7ffaa0af

Antara peranti yang disediakan dalam inisiatif ini termasuk model-model terkini seperti Galaxy S25 Ultra dan S25 PlusGalaxy S24 Ultra dan S24 Plus, serta peranti boleh pakai seperti Galaxy Watch6 dan Galaxy Buds FE. Turut disediakan ialah model terdahulu seperti siri Galaxy A9, dan tablet Galaxy Tab S9 FEserta S10 FE.

7a2bcce4 1a5b 4fd0 bfff d2096b7296ce

Semua peranti ini boleh digunakan secara langsung oleh pensyarah dan pelajar seterusnya menyokong pengalaman pembelajaran yang menyerupai persekitaran industri sebenar dan berasaskan penggunaan teknologi moden.

cf2db4a4 5e43 4234 8cce ab6fb0b63608

Kerjasama ini bukan sekadar melibatkan penajaanbahkan turut merangkumi sokongan teknikal yang berterusan serta jaminan penggantian peranti sekiranya berlaku kerosakan. Pendekatan ini membantu memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran yang stabil dan efisien.

IMG 0766

Majlis pelancaran telah disempurnakan dengan kehadiran Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Dr. Rasid, serta Pengarah Korporat Samsung Malaysia. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen mereka untuk memperkasa para pelajar dalam bidang media dan komunikasi melalui kemudahan teknologi terkini.

Naib Canselor UiTM sendiri turut hadir memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini sekaligus menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama seperti ini mampu mempercepatkan evolusi ekosistem pembelajaran yang lebih moden.



Source link