Malaysia Oversight

Kerajaan mohon lucut hak akaun bank Ilham Tower milik keluarga Daim

By MkiniBM in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan mohon lucut hak akaun bank Ilham Tower milik keluarga Daim


memohon untuk melucut hak sebuah akaun bank milik Ilham Tower Sdn Bhd, sebuah entiti yang dimiliki keluarga Allahyarham Daim Zainuddin.

Permohonan itu difailkan bulan lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

cfc75fcd46e89d0954c29d6cba7d7538

Portal Free Malaysia Today hari ini memetik peguam Ilham Tower, Nizamuddin Hamid, sebagai berkata, bahawa pihaknya akan mencabar permohonan tersebut, selain mengemukakan permohonan lisan bagi perintah larangan (gag order) terhadap butiran akaun bank berkenaan.

Hakim Azura Ali kemudiannya membenarkan permohonan lisan Nizamuddin dan mengarahkannya memfailkan permohonan rasmi melibatkan perintah larangan itu, serta cabaran terhadap permohonan pelucutan hak sebelum 28 Jan tahun depan.

Mahkamah turut mengarahkan untuk mewartakan notis bagi memanggil mana-mana pihak ketiga yang ingin mencabar pelucutan hak tersebut selewat-lewatnya pada 12 Feb 2026.

Timbalan pendakwa raya Mahadi Abdul Jumaat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, bekas menteri kewangan itu dan isterinya, Na’imah Abdul Khalid, didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM kerana didakwa gagal mengisytiharkan aset mereka.

bc7d440a26f318fe1810ae6937e636d3

Na’imah didakwa pada 23 Jan tahun lalu, manakala Daim didakwa enam hari kemudian.

Namun, pertuduhan terhadap Daim digugurkan susulan kematiannya pada 13 Nov tahun yang sama, walaupun Na’imah memohon agar pertuduhan itu diteruskan kerana dia mahu mempertahankan kes tersebut di mahkamah bagi membersihkan nama baik arwah suaminya.



Source link