Malaysia Oversight

Siasatan teknikal kebakaran Putra Heights selesai esok

By MkiniBM in June 26, 2025 – Reading time 1 minute
Siasatan teknikal kebakaran Putra Heights selesai esok


Hasil siasatan teknikal insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya akan selesai esok, mengikut jangkaan yang ditetapkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar , Jay Jay Denis bagaimanapun berkata laporan hasil siasatan yang akan diumumkan kepada umum itu masih dalam proses penyediaan oleh pasukan penyiasat. 

“Berkenaan siasatan kebakaran saluran paip gas Putra Heights, saya ingin maklumkan siasatan dijadualkan siap esok. Kemudian pasukan penyiasat akan menyiapkan laporan siasatan itu.

“Maklumat pengumuman hasil siasatan akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar hari ini. 

Sebelum ini, Menteri Besar Amirudin Shari dilaporkan berkata laporan teknikal berhubung insiden yang berlaku pada 1 April itu, dijangka dilengkapkan pada 26 Jun.

Dia berkata laporan siasatan itu juga akan diselaraskan dengan hasil siasatan jenayah sebelum dimaklumkan kepada umum.

-Bernama



Source link