
Coursera Mengambil-Alih Udemy – Membentuk Platform Pembelajaran Atas-Talian Gergasi
Aman
Coursera hari ini membuat kejutan dan mengumumkan akan mengambil-alih pesaing terdekat mereka, Udemy. Coursera mengambil-alih Udemy pada nilai sekitar $930 juta, melalui kaedah pertukaran saham.
Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus membentuk syarikat platform pembelajaran atas gergasi, sekaligus dijangka diposisikan akan lebih mudah dalam mendapatkan pengguna perusahaan untuk tujuan penambahan ilmu, latihan dan pembelajaran.
Gabungan ini hadir ketika era populariti pembelajaran melibatkan kecerdasan buatan, sains data, analitik, statistik, dan sebagainya yang semakin meningkat naik dari hari ke hari. Perkembangan arena pembelajaran atas-talian menjadi sedikit perlahan pasca-Covid, dan dengan perkembangan kecerdasan buatan membuatkan ramai mencari pusat rujukan untuk pembelajaran kendiri. Syarikat juga turut mencari pusat untuk menaik-taraf pengetahuan dan keupayaan para pekerja mereka.
Dengan gabungan kedua-dua syarikat ini, ia kini bernilai $2.5 bilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






