Malaysia Oversight

Realme Narzo 90 Dan Narzo 90X Dilancarkan Dengan Bateri 7000mAh

By Amanz in December 17, 2025 – Reading time 1 minute
Realme Narzo 90 Dan Narzo 90X Dilancarkan Dengan Bateri 7000mAh


Realme Narzo 90 Dan Narzo 90X Dilancarkan Dengan Bateri 7000mAh

December 17, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Gabungan bateri besar dan pengecasan pantas menjadi tarikan utama peranti moden. Inilah yang diketengahkan dalam peranti baharu realme Narzo 90 dan Narzo 90X yang dilancarkan di India.

realme Narzo 90 01 edited

Realme Narzo 90 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Victory Gold dan Carbon Black dengan tubuh yang sepenuhnya rata. Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.57 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6400 MAX bersama memori sehingga 8GB RAM serta storan 128GB. Sistem kamera terdiri daripada sensor utama 50MP bersama 2MP monokrom manakala swafoto beresolusi 50MP. Peranti turut menggunakan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W.

realme Narzo 90 02 edited

Realme Narzo 90X hadir dengan rekaan seakan peranti Samsung serta pilihan warna Flash Blue dan Nitro Blue. Ia dilengkapi skrin sebesar 6.8 inci LCD HD+ berkadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6300 bersama memori sehingga 8GB RAM dan storan 128GB. Kameranya terdiri daripada sensor 50MP di belakang dan swafoto 8MP. Peranti ini turut menggunakan bateri besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W.



Source link